Wednesday, July 28, 2010

Al Khawarizmi dan Terapi Pasir di Tg Bidara

 Tanggal 24 Jun 2010 yang lalu PPKI SK Seri Bemban telah menganjurkan lawatan ke Kompleks Al Khawarizmi dan Terapi Pasir di Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Turut serta PPKI SK Bukit Senggeh yang join bersama. Kalau tahun lalu, kita join dioarang...tahun ni diaorang plak join kita...Banyak perkara baru yang mereka kenali dan pelajari secara langsung ataupun tidak. Apapun, yang pasti murid-murid bergembira dan mendapat pengalaman baru seperti tayangan 3D dan terapi pasir yang julung kali diadakan...

Monday, July 26, 2010

Kejohanan Olahraga Pend Khas Zon Jasin 2010

Sememangnya sekolah kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada atlit kita... namun kita berjaya mendapat pingat emas acara Lompat Jauh Bawah 14 dan pingat perak bagi acara Lontar Peluru Bawah 14 Tahun. Tahniah kepada Siti Nurhidayah Hamdan dan guru-guru yang telah membimbing mereka. Jumpa lagi di Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri pada 3 dan 4 Ogos ini....SKSB Boleh!!

KH Perkebunan Musim 2/2010

KH Perkebunan Musim 2 ini masih lagi menggunakan sayuran berdaun sebagai temanya...setelah keledek dan cili ditanam pada musim lalu....Sekarang ini tanaman cili padi dan terung pula yang menjadi...Terima kasih diucapkan kepada Kak Aidah dan Has yang banyak membantu...

Kem Bestari Solat dan Moral Pendidikan Khas Zon Jasin 2010


Sekali lagi Zon Jasin mendahului mana-mana kawasan di Melaka yang menganjurkan Kem Bestari Solat dan Moral bertempat di Masjid Al Iffah,Selandar... Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua peserta kem ini maupun yang bukan beragama Islam...kerana dapat bersama-sama menyertai perkongsian ilmu ini.

KH Perkebunan Musim 1

Musim 1 sememangnya cabaran kepada kami menghadapi musim awal tahun yang panas dan kering...hujan pun sesekali sebulan.....Jadi tanaman seperti keledek dan ubi sesuai berbanding sayuran....sesekali melihat tanaman menjadi dan subur...memberi satu ketenangan dan kepuasan....